Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita JPM

Berita
NBD-Thailand meterai 2 Memorandum Persefahaman
29/04/2024

hm_2904242.jpg

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Perdana Menteri Thailand, Tuan Yang Terutama Srettha Thavisin berkenan menyaksikan Majlis Penandatanganan bagi dua Memorandum Persefahaman antara Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan Kerajaan Thailand.

Menandatangani Memorandum of Understanding on Tourism Cooperation between the Ministry of Primary Resources and Tourism of Brunei Darussalam and the Ministry of Tourism and Sports of Thailand bagi pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin, manakala Kerajaan Thailand diwakili oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, Tuan Yang Terutama Anutin Charnvirakul.

Sementara itu, menandatangani Memorandum of Understanding between Brunei Investment Agency (BIA) and Thailand's Government Pension Fund (GPF) bagi pihak Kerajaan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Pengarah Urusan BIA, Awang Haji Sofian bin Mohammad Jani manakala Kerajaan Thailand diwakili oleh Secretary General of Government Pension Fund, Mr. Songpol Chevapanyaroj.

Selesai Majlis Penandatanganan tersebut, Kebawah DYMM dijunjung menyaksikan Thai Handicraft Exhibition yang menampilkan hasil produk kraf tangan tempatan.

Berangkat mengiringi Kebawah DYMM ialah paduka anakanda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto​